KONSEP ASAS KOMPUTER

KONSEP ASAS KOMPUTER

Secara teknikal komputer sebagai alat pengiraan. Tetapi komputer berbeza dengan alat lain kerana ia boleh diaturcarakan. Maksud aturcaraalah satu set arahan logik yang tersusun untuk mengarahkan komputer melaksanakan sasuatu tugas. Oleh itu, Komputer bolehlah dimaksudkan sebagai satu alat eletronik yang mendapat menerima satu set aturcara yang dibina untuk melaksanakan sesuatu tugas. Ia dapat menerima dan menyimpan data dan memproses data yang disimpan mengkut arahan tertentu dan seterusnya menghasikan output kepada pengguna.

Terdapat 2 jenis komputer;

Komputer untuk kegunaan tertentu sahaja, seperti jam digital, yang mana arahan tidak boleh diubah.
Komputer untuk kegunaan umum yang mana lebi fleksible berupaya menyimpan dan melaksana arahan-arahan yang berbeza mengikut pengguna.
Komputer untuk kegunaan umum biasanya terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk serta mempunyai keupayaan berbezaseperti keupayaan ingatan, menyimpan data, kelajuan memproses data , kos penggunaan. Komputer boleh di kelaskan seperti berikut;
mikrokomputer seperti laptop, notebook, desktop
minikomputer
kerangka utama
super komputer.
Mod Komputer biasanya bergantung kepada keupayaan dan jumlah pengguna yang boleh disokong serentak.
Komputer peribadi untuk kegunaan peribadi dan biasanya kekuatannya bergantung kepada masing-masing.
Komputer Pusat .Pelbagai aturcara dan berkongsi masa.Sebuah komputer yang besar boleh dicapai oleh ramai penggunapada satu-satu masa.
Komputeraan Teragih. Setiap pengguna dapat mencapai aturcara/data disimpan di mana-mana mesin di dalam satu rangkaian.
Komputer pelanggan/pelayan yang dapat menyimpan satu atau lebih komputer yang digelar pelayan fail yang menyimpan aturcara/data. Biasanya pemprosesan dilakukan secara peribadi.