Tuesday, May 3, 2011

Tahniah Skpr



Pada 22 April 2011 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Paya Rumput telah diiktiraf sebagai sebuah Sekolah Kluster. Majlis pengiktirafan itu telah diadakan di Aras 6, Blok E8, Kompleks E, Putrajaya dengan disempurnakan oleh Y.BHG. Dato' Abdul. Ghafar bin Mahmud ( Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia )

Sekolah Kluster bermaksud sekolah bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

0 comments:

Post a Comment