Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada warga SKPR. Hari ini adalah hari bermualanya peperiksaan pertengahan tahun bagi semua murid-murid SKPR. Di harap murid-murid dapat menjawab soalan dengan tenang dan cermat. Di sini ada beberapa tips untuk menjawab soalan peperiksaan yang ingin saya konsikan,
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
- Dengar arahan pengawas peperiksaan.
- Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
- Lihat semua soalan.
- Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
- Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
- Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
MENJAWAB SOALAN
Soalan Objektif
- Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1 (bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
- Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
- Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah. Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
- Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
- Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab. Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika masih tidak boleh, tandakan jawapan yang anda rasa yakin.
- Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.
Soalan Esei
- Pilih soalan yang paling banyak isi
- Mulai menjawab dengan tenang
- Jawab semua soalan yang ditetapkan.
- Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan hujah yang bernas.
- Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
- Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak menyimpang dari tajuk.
- Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain yang tidak jelas.
- Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
- Tulisan yang jelas membantu menaikkan 'impression' markah.
Selamat mencuba dan selamat berjaya....